Konvensyen Inovasi 2010

Pada 5-7 Julai 2010 bertempat di Auditorium dan Lobi Utama Hospital Sultanah Bahiyah telah berlangsung Konvensyen Inovasi 2010 anjuran JKN Kedah. Tema yang dipilih ialah "Meraikan Kreativiti". Pelbagai kategori dipertandingkan termasuk Pertandingan KIK (kategori teknikal dan pengurusan), Perkhidmatan Kaunter, Hospital Specific Approach (HSA), Pertandingan Inovasi (kategori teknikal dan pengurusan), Pertandingan Laman Web, dan Pengurusan Stor Ubat.